ATMOSFERA diawal kemunculan...

Salam dan hai...apa kabar semua? admin harap anda semua sihat(koohhh
"anda" kio...haha). Seperti yang dijanjikan "ini time" kita
ada "story history" pasal ini band dua beradik yang
"BERTAJUK" Atmosfera, maksud admin sebuah kumpulan yang mengelarkan
diri mereka sebagai "Atmosfera"...haha...ok yang rabun "On Galas
Mata Mode"...kekeke...
1.2.3 go(kene bace@sebut ikut style Noh hujan ye..kekeke)...ok ok…
Pada suatu hari ada seorang pengmbala biri biri...aah..sodah..itu baru
testing... :-D
Ceritanya bermula begini...
Sekitar tahun 2010@selepas tahun 2009 tu..haha, bermula dengan hobi suka
suka berbaur minat dalam bidang nayanyian, dengan hanya bermodalkan
"guitar kapok+telefon mudahalih brepixel rendah", dua beradik ini mula
menyanyikan/memainkan lagu lagu “cover”@lagu top masa itu (dimulai si abang sebenarnya),
dan disebabkan pengaruh rakan rakan "dilaman muka buku", yang gemar
memuat naik lagu lagu ciptaan dendangan sendiri, ke laman sesawang berkenaan
dan juga youtube, dua beradik ini juga tidak ketinggalan untuk terjebak/mencuba/melakukan
hal yang sama.
Hanya atas dasar suka suka, dua beradik ini meneruskan kegiatan/hobi
“digital” mereka ini tanpa rasa jemu(ahaha). Lagu “cover” demi “cover”, lagu
lagu dari timur sampai ke barat, akhirnya tercetus ilham untuk menulis/mencipta
dan menyanyikan lagu mereka sendiri.
Kegiatan dua beradik ini berterusan seperti biasa, selagi “Mr.guitar”
masih mampu mengalunkan melody dan “encik telefon” masih mempunyai ruang
simpanan yang mencukupi untuk menampung size file “hobi” berkenaan(ahah). Dan
akhirnya sekitar Januari 2013, mungkin tarikh keramat bagi dua beradik ini, dimana
tercetusnya ilham si adik untuk menulis sebuah lagu berlandaskan kisah benar
beliau sendiri maka terhasil lah sebuah karya yang menjadi fenomena, karya dari
seorang “penggiat seni amatur” yang bertajuk “Demi SI Kici”.
Tanpa diduga lagu ini menjadi fenomena, ribuan “like” dan “view” diraih melalui
facebook mahupun “youtube”(dan meraih “dislike” perkara biasa...ahaha). Hari
demi hari, lagu “demi si kici” semakin “tersebar/melebar/merebak/melarat/terlebar”(ada
ka?kekeke), dari bandar hinggahlah ke pelusuk pedalaman, dari yang kecil sampai
yang dewasa mampu untuk menyanyikan bait bait lirik dari lagu “demi si kici”.
Keadaan ini berterusn/berlanjutan bahkan terlalu pantas, akhirnya kotak mesej
facebook mereka berdua dihujani dengan soalan soalan “cepu emas” ahaha...hasil “tilikan”
soalan ini berada tempat pertama... 01.Bila mau rakam single/keluar album?????
ALBUM??SINGLE???....bagaikan kisah “sinetron” babak kemenangan bagi pihak “si
watak baik”, dua beradik ini terima lamaran dan tawaran untuk merakamkan single
hit mereka ketika itu “demi si kici”. Bukan cuma satu, tetapi tawaran itu
datang dari beberapa buah pihak produksi/label rakaman kecil mahupun yang
ternama.
Dan akhirnya mereka bersetuju untuk merakamkan single mereka “demi si kici”
dibawah naungan sebuah sykt/label kecil, kenapa dan mengapa??(itu rahsia antara
mereka jangan sibuk...ahaha).
Yeahhh...akhirnya rakaman single “demi si kici” bermula pada pertengahan september
2013, dan rilis pada bulan berikutnya iaitu 8-Oktober-2013, dan pada kali ini
mereka bersetuju untuk menggunakan nama “Atmosfera” sebagai dahan untuk mereka
pautkan karya karya hasil ciptaan mereka.
Setelah pelancaran dan promosi single “demi si kici” di radio mahupun
dijaringan laman laman sosial, sekali lagi kotak mesej “facebook” dua beradik
ini seakan akan mahu “meletup@mau tabungkar” kerana dihujani soalan soalan
bermacam “Cepu” dari “emas sampai ke besi buruk”...haha...dan mereka tertarik
untuk mempertimbangkan soalan “paling juara” yang berbunyi “bila full album mau
keluar??”...
Vroommm... pada penghujung bulan oktober, dua beradik ini kembali ke
studio rakaman untuk memulakan proses rakaman album penuh mereka. Cabaran dan dugaan
berlalu terlalu pantas dirasai, bahkan hampir tidak terasa...dan berkat usaha
dan komitmen yang tinggi dari “dua beradik” ini, akhirnya pada 02 Januari 2014,
album penuh “Atmosfera” berjaya diterbitkan, maka disinilah bermula titik
perjalan “Atmosfera” diarena industri seni/hiburan tempatan.
Semoga sokongan
dari “atmosfarian” dan pencinta seni tempatan akan terus membuat mereka
melangkah lebih jauh lagi dan lagi, bak kata slogan padu On9FM “kalau bukan
kita siapa lagi?”......adiosss...(akan datang kisah disebalik tabir suka dukaatmosfera selepas 3 Tahun..akan datang la...admin mau “picah kapala sudahini..mangantuk”...ahaha see ya..)
P/S: Atmosfera akan melancarkan Single Terbaru mereka tidak lama lagi,
sama sama kita nantikan...
Terbaik d pasaran ahaa..ngamm sdh..teruskan perjalanan mu ATMOSFERA( ERON...GANAK)..
ReplyDeletekeep it up guys!!!
ReplyDeleteMantap bro.. teruskan.. yg penyanyi nama rayner tu siapa? Bapa ka? Haha
ReplyDelete